Latar Belakang Sekolah Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Gopeng

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng (I-GOP) dibina di atas Lot 137664 dalam Mukim Teja, Daerah Kecil Gopeng. Luas kawasan sekolah ini adalah 27 ekar. Pembinaan bermula pada 13 November 2000. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 30.4 juta. I-GOP adalah merupakan salah sebuah daripada 14 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang telah dinaiktaraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi.

I-GOP telah beroperasi secara pentadbiran pada bulan Disember 2002 dan dibuka pada tanggal 2 Januari tahun 2003. Manakala pada 17hb Februari 2003, I-GOP telah menerima murid sulong yang terdiri dari 89 orang murid Tingkatan 1 dan 81 orang murid Tingkatan Empat, dengan kekuatan 10 orang guru. Bilangan murid sekolah ini bertambah tahun demi tahun dan pada tahun 2010 seramai 599 orang murid yang terdiri daripada 290 putera dan 309 puteri telah menimba ilmu di sekolah ini. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 60 orang pada tahun 2008 dengan dibantu oleh 22 orang kakitangan sokongan.